Tempat-tempat menarik di Perlis
Satu tempat pelancongan di Perlis. Padang Besar (pekan yang bersempadan dengan Songkla)
Di Padang Besar terletaknya sebuah kompleks bangunan yang dipanggil Arked Niaga yang menempatkan ratusan shop lot dan gerai/bazar yang menjual pelbagai jenis barangan pada harga yang murah. Dan rata-rata peniaga ada yang dari Malaysia dan ada yang dari Thailand.
Antara barang-barang yang ada di Kompleks Arked Niaga serta gerai-gerai di sekitar bangunan ini ialah:
- pakaian wanita, lelaki & kanak-kanak
- perhiasan/aksesori wanita dan lelaki
- makanan
- buahan tempatan
- hasil kraftangan
Taman Ular dan Reptilia
Boleh dikatakan sebagai zoo mini yang menempatkan agak banyak hidupan reptilia ular dan juga beberapa binatang lain. Sebaik melangkah masuk ke pintu depannya, anda boleh melihat 3-4 ekor ular sawa (sawa batik dan sawa albino) yang hidup berlingkaran di atas meja.
anda boleh cuba memegang ular-ular sawa ini atau melilit di tengkuk anda kalau nak rasa betapa kuatnya belitan ular sawa. semua ular-ular ini semuanya di bawah pantauan staff-staff yang bertugas.
Selain ular yang hidup, ada juga pameran ular yang sudah mati yang diawet dan diletakkan di dalam bekas berbingkai bagi memudahkan pengunjung melihat dan mempelajari dengan lebih lanjut tentang ular-ular ini.
Di sini terdapat lebih 100 ekor ular daripada lebih 30 spesis ular, dalam dan luar negara. Pameran ular di sini mempunyai yang bersangkar (untuk ular berbisa) dan yang terbuka (untuk ular seperti ular sawa).
Di antara spesis ular yang ada di sini:
- ular sawa – yang terberat seberat 80 kilogram dan panjangnya lebih 20 kaki
- ular tedung senduk
- ular tedung selar
- ular ekor merah
- ular rusuk kerbau
- ular katam tebu
- ular katam payung
- ular tedung senduk sembur
- landak
- burung unta
- buaya
- memerang
- katak bertanduk
- iguana
- biawak hutan (ada juga yang berekor dua)
Gua Kelam
Bagi mereka yang inginkan aktiviti yang lebih mendekatkan diri kepada alam semulajadi, salah satu tempat menarik di Perlis yang boleh dilawati ialah di Gua Kelam yang merupakan sebuah gua batu kapur.
Di pintu masuk Gua Kelam ini anda boleh melihat tangga-tangga dan laluan (Cave Walk) yang telah dibina untuk masuk ke dalam gua dan siap dengan kemudahan lampu bagi menerangi kegelapan gua.
Antara tarikan yang boleh anda jumpa dan buat di Gua Kelam ini ialah:
melihat koleksi barangan bersejarah yang bersangkut paut dengan industri pelombongan bijih timah. Kalau nak tahu, dulunya Gua Kelam merupakan pusat pelombongan bijih timah yang berkualiti. Antaranya ialah terowong melombong dan landasan untuk troli mengangkut bijih timah yang dibina daripada kayu dan besi.
melihat stalagtit dan stalagmit gua. Sesuai membawa anak-anak untuk melawat sambil belajar dan melihat sendiri bentuk gua. lukisan di dalam gua yang dipercayai dilukis oleh orang-orang zaman batu.
berpeluang melihat binatang-binatang gua seperti kelawar, labah-labah, serangga serta ular.
kemudahan asas lain juga ada seperti tandas, dewan, kafe, pondok rehat dan tapak perkhemahan.
Masjid Terapung Al Hussin
Bagi mereka yang dah terlanjur ke Kuala Perlis, jangan lepaskan peluang untuk singgah solat di Masjid Terapung Al Husin ini. Destinasi masjid yang paling cantik di Perlis dan boleh dianggap sebagai salah satu tempat menarik di Perlis pada waktu makan di Kuala Perlis untuk melepak selepas solat Isyak dan Maghrib.
pemandangan dari sini terutamanya di waktu senja, memang sangat cantik. Banyak photographer profesional samaada dalam dan luar negara yang datang singgah di sini di waktu senja untuk mengambil gambar matahari terbenam.
Fakta paling menarik tentang Masjid Terapung Al Hussin ini, dinding masjid tidak dicat kerana bahan binaannya merupakan batuan jenis coral, granit, pebbles, marmar dan kuartz.
Selain itu, terdapat juga beberapa batang pokok kurma yang diimport khas dari Arab bagi menambah lagi seri sentimen Asia Barat di masjid ini.
Taman Herba Perlis
Destinasi yang tidak jauh dari Taman Reptilia Perlis dan mempunyai pelbagai jenis spesis tumbuhan herba yang ada seperti Kacip Fatimah, Tongkat Ali, Kayu Manis , Cekor, Serai, Mengkudu, Selasih dan sebagainya.
Taman Herba Perlis sememangnya satu tempat menarik di Perlis yang lebih kepada lawatan sambil belajar mengenali pokok tumbuhan yang sering dijadikan untuk perubatan.
Muzium Kota Kayang
Muzium Kota Kayang menempatkan pelbagai koleksi artifak dan barangan sejarah berkenaan negeri Perlis Indera Kayangan.
Seperti di kebanyakan muzium lain, di sini juga anda boleh belajar dan melihat sendiri perkakas dan artifak sejarah termasuk di era Neolitik, barangan Diraja, peralatan harian bangsawan Perlis, barangan arkeologi, replika bunga emas dan sebagainya.
Ada 5 galeri sejarah di kompleks muzium ini iaitu:
- Galeri Sejarah
- Galeri Arkeologi
- Galeri Senjata
- Galeri Diraja
- Galeri Kebudayaan
Kuala Perlis
Pekan kecil yang popular dengan tempat makan best dan murah yang berasaskan seafood yang fresh. Di sini juga terletaknya jeti Kuala Perlis yang juga menghubungkan Pulau Langkawi.
Kalau nak makan malam yang best seperti ikan bakar, goreng-gorengan, sotong celup tepung dan lain-lain.
Selain itu, Kuala Perlis juga popular sebagai lokasi memancing.
Tasik Timah Lasoh
Merupakan tasik buatan manusia di Perlis yang tidak kurang popularnya. Di sini terdapat resort yang sesuai untuk mereka yang inginkan penginapan yang mendamaikan.
Tidak jauh dari Tasik Timah Lasoh ini, terdapat juga tempat menarik lain seperti dusun buah-buahan. Anda boleh ke dusun ini jika hendak merasa mempelam harum manis yang popular di utara.
Tasik Melati
Di sekitar tasik ini ada laluan jalan kaki dan sesuai kalau anda nak berehat dan berjogging.
Destinasi Taman Melati memang menjadi kawasan tumpuan penduduk setempat untuk beriadah dengan keluarga.
Selain melihat pemandangan tasik yang tenang dan cantik, di sini juga ada permainan sukan air seperti paddling bot.
Pusat Rekreasi Bukit Air
Di sini pula, sesuai untuk mereka yang nak berekreasi dengan keluarga untuk aktiviti seperti berkhemah atau mandi air terjun.
Selain itu di sekitar Pusat Rekreasi Bukit Air ini, terdapat kemudahan asas lain yang menjadikan destinasi ini sesuai untuk berpiknik dengan keluarga seperti pondok, tandas, taman permainan, gerai-gerai makanan serta surau.
Ada juga trail di sekitarnya kalau anda sukakan aktiviti meredah hutan. Satu tempat yang menarik di Perlis kalau anda lebih ingin mendekatkan diri dengan alam sekitar.
Taman Negeri Perlis
Terletak di Wang Kelian, Taman Negeri Perlis lebih kepada destinasi percutian yang lebih mencabar.sesuai untuk berkhemah dan meredah hutan.
Di sini juga terdapat kemudahan seperti chalet, tandas dan kafe. Tempat dan tarikan pelancongan di Taman Negeri Perlis:

- Melihat Keindahan flora dan fauna
- Air Terjun Lata Kasih
- Trek Kambing Gurun
- Pemandangan Panaroma tasik
- Penghijrahan pelbagai spesies burung
No comments:
Post a Comment